gravatar

Pelan Mesra (Jaminan Pendapatan)

PENGENALAN PELAN



Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumurantara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

MANFAAT ASAS

1. Kematangan

Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

2. Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang Orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan atau untung, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan.

ii. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk Pelan Juvana, hanya (ii) sahaja terpakai.

3. Kematian

Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan.

gravatar

bagus apa pelan nie...